Tenor di dalam muzik koir Tenor

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara ke-dua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suara penyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.